Harga sepapan telur ayam dengan caj pengendalian jualan RM0.60 sen bagi setiap sepapan telur di Klang, Selangor. Foto ihsan KPDNHEP Selangor.

KUALA LUMPUR — Premis pemborong telur ayam di Klang diperiksa selepas tular di laman sosial kerana didakwa mengenakan caj tambahan kepada pelanggan.

Susulan aduan berhubung caj pengendalian jualan telur ayam sebanyak RM0.60 sen itu, tiga penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor dari unit antipencatutan digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Selangor, Mohd Khairi Jamaludin berkata, premis terbabit didapati mengenakan caj pengendalian jual sebanyak RM0.60 sen bagi sepapan telur ayam gred A dan B kepada pembeli yang merupakan peniaga peruncit.

Pemborong telur ayam mengenakan caj pengendalian jualan 60 sen bagi sepapan telur kepada peruncit. Foto ihsan KPDNHEP Selangor

Menurut beliau, pengusaha premis terbabit telah diberikan notis bertulis dan perlu mengemukakan penjelasan berhubung perkara itu sebelum 21 Oktober depan.

“Premis berkenaan boleh dikenakan tindakan Seksyen 21 AKHAP 2011 yang membawa hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya jika gagal mematuhi notis tersebut.

“Notis bertulis dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) dan perlu memberi maklum balas mengikut tempoh ditetapkan”

“Premis berkenaan boleh dikenakan tindakan Seksyen 21 AKHAP 2011 yang membawa hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya jika gagal mematuhi notis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pengusaha premis tersebut telah diberikan notis bertulis dan perlu mengemukakan penjelasan berhubung perkara itu sebelum 21 Oktober depan.

Katanya, KPDNHEP Selangor mengingatkan peniaga tidak mengenakan sebarang caj tambahan ke atas telur dan ayam yang masih di bawah barangan harga maksimum.

Mengulas lanjut, Mohd Khairi berkata, premis itu menjual telur ayam pelbagai gred kepada peruncit sahaja dan tiada urus niaga secara terus kepada pengguna.

Namun premis yang diperiksa juga dikenakan caj pengendalian yang sama oleh pembekal bagi setiap belian satu papan telur, katanya.

Ujarnya, pemeriksaan mendapati premis berkenaan mematuhi penandaan tanda harga jualan bagi setiap barangan (telur ayam pelbagai gred) yang dijual.

Katanya, bekalan telur diperoleh daripada pengeluar atau pembekal ayam dari Melaka.

“Berhubung pembekal atau pengeluar telur ayam di Melaka pula, KPDNHEP Selangor telah membuat tindakan atau siasatan susulan dengan kerjasama KPDNHEP Melaka untuk memberikan notis kepada pembekal tersebut,” katanya lagi -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast