KUALA LUMPUR – Pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengugut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya membubarkan UMNO menunjukkan bekas Perdana Menteri itu mempunyai perasaan hasad dengki tahap paling atas pernah disaksikan dalam Malaysia.
Sedangkan, kata pentadbir Facebook Najib Razak, UMNO adalah parti yang banyak berkhidmat dan berjasa kepada negara ini.
Semalam, Mahathir yang juga Pengerusi Gerakan Tahan Air (GTA) mengakui beliau meminta Presiden UMNO supaya membubarkan parti itu.
Mahathir yang pernah menjadi presiden UMNO selama lebih 22 tahun mendakwa, matlamat perjuangan parti yang mewakili kumpulan terbesar orang Melayu itu tidak lagi berteraskan agama, bangsa dan negara.
Beliau juga mendakwa UMNO kini hanya memperjuangkan kepentingan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut beliau, sokongan terhadap Najib yang ditunjukkan oleh pihak dalam UMNO tidak ikhlas sebaliknya kerana mahu mendapatkan imbuhan berbentuk wang.
“Ya, saya suruh Zahid bubar UMNO. UMNO kalah dalam PRU14 dan ramai dari wakil rakyat UMNO tinggal UMNO. Ada yang lompat masuk Bersatu,” ujarnya. – MalaysiaGAzette