KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, parti itu serta sekutu-sekutunya berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
Menurut beliau, Pejuang dan sekutu-sekutunya tidak terlibat dengan jenayah.
“Usaha akan dibuat bagi meringankan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
“Pejuang tidak bertanding kerana menyelamat diri atau untuk dapat duit,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini. – MalaysiaGazette