Gambar hiasan.

SERAMAI 626,110 pencari kerja di seluruh negara direkodkan telah berjaya memperoleh pekerjaan menerusi laman portal carian kerja, MYFutureJobs di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) sehingga 30 September lalu.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan terus komited untuk bersama menjayakan agenda membela anak-anak muda di samping penerimaan positif terhadap pelbagai syor yang dikemukakan oleh generasi muda.

Fokus utama diberikan kepada industri 4.0 yang kini pesat membangun.

Tuduhan pembangkang yang mendakwa pendekatan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mesra dengan gaya hidup generasi muda tidak berasas sama sekali.

Kerajaan terus membantu anak-anak muda yang berdepan dengan pelbagai cabaran seperti mencari kerja sewaktu pandemik dan ketika tidak boleh menyambung pelajaran disebabkan impak pandemik dan kekangan kewangan.

Bagi belia yang tidak berminat bekerja mengikut masa pejabat dan rela menjadi bekerja sendiri (self-employed) melalui sektor ekonomi gig, kerajaan memberi tumpuan kepada  sektor e-hailing dan p-hailing hingga inisiatif dirancang lebih tertumpu membantu golongan tersebut dalam pembentangan Bajet 2023.

Ini termasuk penerusan Skim TEKUN Belia Mobilepreneur membabitkan bantuan pinjaman RM1,000 hingga RM10,000 dan tanggungan bayaran lesen di bawah program MyPSV sekali gus membolehkan belia terutama lepasan sekolah menengah, pelajar yang menunggu untuk meneruskan pengajian atau ingin pendapatan tambahan.

Pada PRU-15, seramai 21.1 juta pemilih yang berdaftar dengan 1.4 juta daripadanya adalah pengundi baharu dan ia jumlah paling ramai dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Golongan ini  bakal menentukan pola geopolitik negara selepas ini berdasarkan mereka yang mampu memberi kesan kepada calon.

Kira-kira 6.9 juta pengundi mewakili kumpulan umur 18 hingga 20 tahun iaitu 16 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi.

Kumpulan ini akan menjadi sasaran  parti-parti politik pada PRU-15.

Di samping peluang pekerjaan, seramai dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuhnya berusia 21 ke atas bakal menerima manfaat program kredit e-dompet, e-Pemula yang akan dinaikkan jumlah kredit kepada RM200 tahun depan.

Pada masa sama, penglibatan aktif semua pihak dan pelbagai institusi adalah perlu supaya mendaftar dengan portal MYFutureJobs termasuk daripada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dan Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) supaya masing-masing menggalakkan pelajar serta graduan mereka untuk mendaftar menerusi portal padanan tersebut.

Langkah tersebut membolehkan mereka peka kepada peluang-peluang kerjaya dan perkhidmatan pekerjaan lain yang ditawarkan seperti kaunseling kerjaya serta program kebolehpasaran pekerjaan, karnival kerjaya dan sesi temuduga terbuka bersama majikan.

Mereka juga boleh menghadirkan diri terus ke pusat-pusat MYFutureJobs di seluruh negara anak muda dan pencari untuk mendapatkan perkhidmatan padanan pekerjaan terkini di Pejabat Perkeso, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan juga Pusat di Satelit MYFutureJobs kawasan luar bandar.

Harapan kita, lebih ramai belia cakna tentang sistem demokrasi berparlimen serta peranan sebagai pengundi muda dengan pelaksanaan Undi 18, seterusnya meningkatkan jati diri menjadi warganegara bertanggungjawab menjelang PRU- 15.- MalaysiaGazette

M. Vivekananthan adalah Setiausaha Sulit Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast