Sebahagian Generasi Baru Felda Daerah Jerantut bergambar dengan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah (Tengah) selepas Majlis Undi Lot Peserta Skim Tanah Rakyat (STR) hari ini

KUANTAN – Seramai 592 orang generasi baru Felda daerah Jerantut menerima lot tapak rumah menerusi undian lot peserta Skim Tanah Rakyat (STR) hari ini.

Ia melibatkan 262 orang peserta di Felda Lepar Utara 3, 197 orang dari Felda Kota Gelanggi 2 dan 133 orang dari Felda Kota Gelanggi 4 dengan keluasan tanah melebihi 66 hektar.

Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah berkata, ketiga-tiga kawasan Felda terbabit merupakan antara yang terawal menerima lot tapak rumah yang telah diluluskan kerajaan negeri sebelum ini.

“Selepas ini, majlis undi lot di kawasan Felda yang lain akan menyusul mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Datuk Nazri Ngah

Jelas beliau, seramai 2,032 generasi baru Felda di Pulau Tawar dan Cenur akan dapat peluang sama kelak.

Sebelum ini, Nazri yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar memaklumkan hampir 6,000 tapak rumah dan pertanian di Pulau Tawar telah mendapat kelulusan kerajaan negeri Pahang. – MalaysiaGazette