KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah Farid Kamil yang pernah menjadi penyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini menjadi penyokong setia Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkongsi foto kunjungan Farid di pejabat beliau hari ini dengan kedua-dua mereka tersenyum mesra dan salaman erat.
“Pagi tadi saya terima kunjungan seniman Farid Kamil di pejabat.
“Kami berbicara panjang soal seni dan budaya, selain mengenai keadaan saat ini dan masa depan industri perfileman negara. Sempoi baq hang!” kata Anwar.
Farid yang masih dalam rayuan di mahkamah berkaitan kes penggunaan ganja empat tahun lalu dalam beberapa hantaran di media sosial memaparkan sokongan terhadap Anwar.
Beliau turut memberikan lima sebab mengapa Anwar layak menjadi perdana menteri ke-10.
Dalam video tersebut Farid memberitahu bahawa Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan Terbaik dunia dan Asia dan imejnya sebagai pemimpin yang dikenali di peringkat antarabangsa.
Video itu ditamatkan dengan soalan: “Anda rasa siapakah yang layak jadi perdana menteri ke-10?”
Sebuah lagi video dimuat naik oleh Farid lima hari lalu yang memaparkan wawancara Anwar berkenaan tindakannya menghalang rasuah ketika menjadi timbalan perdana menteri.
“Bagai mimpi datang menyapa, ‘biar buta satu mataku, asalkan terbuka mata hati rakyat’,” kata Farid pada hantaran itu.
“Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan,” tulis Farid, memetik ucapan yang sering dilaungkan Anwar dalam ceramahnya.
Sebelum PRU14 Farid memuat naik video yang mengumpulkan ucapan dan doa kepada Mahathir.
Video itu sempena ulang tahun kelahiran Mahathir yang ke-93.-MalaysiaGazette
Wahhh mesra nampak? bergegar tulang rusuk Bang Non tgk Farid Jambu…auwwww