KUALA LUMPUR – Masalah orang Melayu terutamanya kemiskinan dan kehilangan tanah menjadi tumpuan utama dalam agenda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ekonomi negara juga akan dipulihkan sehingga kembali menjadi Harimau Asia.
“Keluhuran undang-undang akan dihormati. Kuasa tidak akan disalah guna. Rasuah akan diperangi, kos sara hidup akan diturun,” katanya satu kenyataan, hari ini.
Beliau menambah, orang Melayu ingin diperintah oleh kerajaan yang didominasi Melayu.
“Pejuang mewakili empat parti politik Melayu iaitu Pejuang, Putra, Iman dan Berjasa serta ramai orang Melayu yang tidak dibenar aktif dalam politik,” jelasnya. – MalaysiaGazette