Ilham Aqil. Foto Facebook Perak FC.

KUALA LUMPUR – Perak FC berjaya memiliki seorang lagi produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) diserap masuk ke dalam projek pembangunanm yang dirangka jurulatih Lim Teong Kim selepas mengumumkan rekrut pertama dari Melaka, Harith Naem Jaineh.

Seperti Harith Naem, pemain muda terbaharu adalah Ilham Aqil yang juga graduan AMD apabila bakal berpeluang beraksi bersama skuad Piala Presiden dan Liga Simpanan Perak FC dalam membangunkan bakat sedia ada di dalam dirinya.

“Ilham Aqil menandatangani bersama Perak FC musim hadapan di mana pasukan The Bos Gaurus sedang memperkuatkan bahagian tengah di antara pemain-pemain muda.

“Ilham Aqil perlu bekerja keras dalam pasukan yang diterajui Teong Kim untuk memastikan dia berada di skuad utama,” tulis laman rasmi Perak Football Club.

Bekas pemain muda UITM FC yang berusia 19 tahun itu dilihat bakal berperanan sebagai pemain sayap dalam pasukan.

“Saya gembira dan tak sabar nak beraksi dengan Perak FC. Satu lagi bermain di bawah coach Teong Kim ni, its an honour juga bagi saya,” katanya dalam sedutan video yang dimuat naik di Facebook Perak FC. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast