Friday, March 29, 2024
Home Sukan Selamat bersara Khairul Azman

Selamat bersara Khairul Azman

Foto Facebook KDA FC.
KUALA LUMPUR – Jurulatih penjaga gol berpengalaman, Khairul Azman Mohamed mengambil keputusan bersara daripada kerjaya dunia bola sepak selepas menabur jasa dan bakti bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebelum ini.
Bekas penjaga gol Pahang, Sabah dan skuad kebangsaan berusia 54 tahun itu mengambil keputusan berkenaan selepas menabur bakti bersama pasukan Hijau Kuning sejak saingan musim 2021.
“Pengurusan KDA FC mencapai persetujuan bersama untuk meneruskan haluan berbeza dengan Khairul Azman Mohamed, jurulatih penjaga gol KDA FC berkuatkuasa hari ini (semalam).
“Keputusan ini diambil atas pilihan beliau yang turut mengambil langkah seiring pengemudi pasukan sebelum ini, Aidil Sharin Sahak.
“Kami berharap dengan pengorbanan dilakukan dapat memberi angin baharu kepada penggantinya dalam meniup semangat para pemain Hijau Kuning untuk berjuang dalam aksi Piala Malaysia 2022,” menurut kenyataan KDA FC di laman media sosialnya.
Khairul Azman diserap dalam barisan kejurulatihan Sang Kenari sejak musim lalu dan bergandingan dengan Aidil Sharin untuk muncul naib juara Liga Super 2021, seterusnya beraksi dan Piala AFC tahun ini hingga layak ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN,” menurut kenyataan KDA FC di laman media sosialnya semalam.
Khairul Azman merupakan individu kedua melangkah keluar dari kelab itu selepas bekas pengendali Aidil Sharin Sahak pada Isnin lalu.
Tanggungjawab Khairul Azman kini digalas penolong jurulatih penjaga gol Kedah, Abd Hadi Hamid, bagi memantapkan persiapan pasukan menjelang sepak mula perlawanan timbal balik pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2022 menentang Negeri Sembilan FC di Alor Setar.
“Juga dimaklumkan bahawa Khairul Azman dikatakan bakal mengambil keputusan untuk bersara daripada tugas kejurulatihannya selepas segala ilmu dicurahkan untuk skuad Kedah bermula musim 2021 lalu, yang sebelum itu pernah menabur bakti dengan Sabah FA pada 2009 dan Johor Darul Tazim (JDT) pada 2013.
“Beliau turut menyatakan Sang Kenari adalah pasukan terakhir dan akan bersara dari kerjaya professional dalam dunia bola sepak,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette