Petugas kesihatan sibuk melakukan penyelidikan sampel ujian saringan Covid-19 yang dihantar ke makmal ketika di Institut Bioteknologi Perubatan Molekul, Hospital Universiti Teknologi MARA (UITM), Sungai Buloh. Foto MOHD ADZLAN, 14 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 di negara ini bertambah sebanyak 2,256 semalam termasuk enam kes import.

Kenaikan itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 meningkat kepada 4,839,075.

Manakala tiga kes kematian yang direkodkan semalam menjadikan kes keseluruhan 36,440.

KKMNOW melaporkan 26,526 kes aktif termasuk 1,054 dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu, 47 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 17 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala 25,425 kes lagi dikuarantin di rumah.

Semalam, seramai 1,363 dilaporkan sembuh. – MalaysiaGazette