Rais Yasin

MELAKA – Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) akan memastikan mana-mana sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibuka sebagai pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November ini.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri Datuk Rais Yasin perkara, arahan itu  telah dimaklumkan dalam mesyuarat bersama agensi berkaitan baru-baru ini.

“Dalam mesyuarat tempoh hari saya minta JPNM untuk pastikan daripada pihak kementerian mana-mana sekolah yang jadi PPS mungkin tidak boleh dijaidkan sebagai pusat pengundian.

“Kita khuatir, ia akan memberi masalah yang lebih besar kalau tempat PPS itu pada masa sama juga dijadikan tempat mengundi,” katanya.

Rais menyantuni penunggang motosikal pada Program Isi Minyak Motosikal Percuma DUN Paya Rumput di Petronas Taman Rambai Utama, Bukit Rambai, Melaka, hari ini.

Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Isi Minyak Motosikal Percuma DUN Paya Rumput di Petronas Taman Rambai Utama, Bukit Rambai di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau akan memastikan perkara sedemikian tidak berlaku kerana ianya hanya akan menyebabkan kesesakan di PPS berkenaan.

“Sebagai contoh, macam di tempat saya, Sekolah Kebangsaan Krubong itu tidaklah berapa besar jadi bagaimana ia hendak dijadikan tempat mengundi,” katanya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast