KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan semua Bangsa Johor sentiasa menjaga tingkah laku.

Tunku Ismail turut mengingatkan Bangsa Johor bertanggungjawab dalam apa juga perkara yang dilakukan.

“Semoga negeri Johor dan seluruh Bangsa Johor sentiasa diberkati dan dipelihara Allah SWT. Muafakat itu berkat, Allah Peliharakan Sultan,” titah baginda dalam kenyataan di laman Facebook malam ini.

Semalam kira-kira 30 individu yang memakai ‘hoodie’ dan pelitup muka mencetuskan provokasi semasa berlangsungnya program  Majlis Malam Mesra Muo anjuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di sebuah dewan restoran di Jalan Bakri Muar.

Mereka membuat onar dengan melempar mercun dan botol selain merosakkan kenderaan tetamu.

Sehingga kini tiga daripada kumpulan tersebut berjaya ditahan  namun tiga daripadanya dilaporkan berjaya ditahan polis.

Kejadian itu merupakan yang kedua selepas yang pertama program MUDA diganggu sekumpulan pemuda bermotor. – MalaysiaGazette

Ceramah Syed Saddiq diganggu sekumpulan anak muda