Sulaiman menyantuni petugas pada Majlis Ramah Mesra Petugas Sektor Pembersihan Negeri Melaka di Dewan Hang Tuah, Melaka, hari ini.

MELAKA – Rakyat di negeri ini diingatkan agar tidak mengulangi kesilapan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU1-4) sehingga mencetuskan ‘tsunami politik’ dalam negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, keadaan itu  berpunca daripada tindakan rakyat untuk ‘cuba-cuba’ menukar kerajaan dengan memilih pembangkang akhirnya menyaksikan pertukaran tiga kali tampuk Kerajaan Pusat.

Sehubungan itu katanya, rakyat seharusnya membuat keputusan tepat pada PRU-15 akan datang dengan memilih parti yang lebih stabil dan mampu memenuhi keperluan Keluarga Malaysia.

“Jadi saya ingin mengingatkan rakyat Melaka, pilihlah kerajaan yang benar-benar mampu memenuhi semua keperluan rakyat kerana kita tidak mahu lagi melihat keadaan kucar-kacir pada PRU-14 kembali berulang.

“Di tangan tuan-tuanlah yang akan memastikan kerajaan apa kita mahukan, jangan lakukan lagi kesilapan seperti PRU-14,…dalam tempoh penggal sama Perdana Menteri kita bertukar sebanyak tiga kali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Majlis Ramah Mesra Petugas Sektor Pembersihan Negeri Melaka di Dewan Hang Tuah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, perpecahan parti politik juga akan menyaksikan pecahan undi yang tinggi, sekali gus merugikan rakyat.

“Sebab itu, kita janganlah kata nak ‘cuba-cuba’ (undi) esok, kalau nak pilih nak pilih, pilih betul-betul, kalau pilih sana sikit, sini sikit akhirnya tiada satu pun parti yang boleh membentuk kerajaan dan yang susah tentulah rakyat juga,”katanya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.