Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp, kononnya ramai warga Bangladesh diberikan kad pengenalan (MyKad) menjelang pilihan raya.

Dalam satu kenyataan, JPN menegaskan dakwaan tersebut tidak benar sebaliknya MyKad hanya dikeluarkan kepada individu warganegara Malaysia yang layak sahaja, berdasarkan peruntukan perundangan.

“JPN juga ingin menjelaskan bahawa paparan MyKad yang ditularkan dan didakwa milik warga Bangladesh itu adalah tidak benar. Sebaliknya beliau adalah seorang warganegara Malaysia yang sah.

“Beliau telah diambil sebagai anak angkat secara sah dari sudut undang-undang, dan dibesarkan oleh satu keluarga Cina sejak dari lahir lagi. Malah isu ini telah dilaporkan oleh pihak media yang menjelaskan bahawa individu tersebut adalah warganegara Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan JPN, satu laporan polis telah dibuat pihaknya pada 23 Okt lepas, memandangkan dakwaan itu bukan sahaja menjatuhkan imej dan menjejaskan kredibiliti jabatan itu, malah boleh mencetuskan kebimbangan awam.

“Laporan tersebut dibuat supaya pihak polis boleh menjalankan siasatan, terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan dakwaan palsu berkenaan,” katanya.

JPN turut mengingatkan orang ramai, supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi mengenainya dan tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana individu, yang didapati menyebarkan maklumat palsu.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau e-mel [email protected]. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pertahankan hak asasi warganegara migran ekonomi expats daripada negara-negara asal masing-masing. Sedarlah sikit politikus Pak Pandir ooii! masih kemaruk sokongan undi migran expats sehingga majority undi migran expats memiliki Singapore dan Penang termasuk tanah rizab Melayu kini menyusut tinggal 12% jer.

Comments are closed.