Logo Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) LT International Futures (M) Sdn Bhd kerana melanggar syarat lesennya.

Pembatalan lesen tersebut berkuat kuasa 22 September 2022.

SC berkata, syarikat tersebut telah diberi peluang untuk merayu terhadap keputusan SC selari dengan proses rayuan yang telah ditetapkan namun tiada rayuan dikemukakan oleh syarikat tersebut.

Syarikat yang berurus niaga dalam derivatif itu telah gagal mematuhi ambang kewangan minimum untuk modal bersih larasannya sejak Mei 2021 dan berikutan ini, lesen syarikat tersebut telah digantung oleh SC sejak Jun 2021.

Di bawah Seksyen 72(2)(a)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, SC diberi kuasa untuk membatalkan lesen mana-mana pemegang CMSL jika ia melanggar mana-mana syarat lesen. – MalaysiaGazette