Keadaan helikopter jenis Eurocopter AS 355 F2 yang melakukan pendaratan cemas di Big Red Brinchang kira-kira jam 1.15 petang tadi.

KUANTAN – Pasukan penyelamat masih meneruskan misi menyelamat dua lagi mangsa penumpang helikopter terhempas ketika membuat pendaratan cemas di Brincang, Cameron Highland sehingga jam 7.30 malam hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dalam kenyataan berkata, operasi itu diteruskan dalam keadaan sukar kerana laluan yang sempit menyukarkan keadaan.

“Kesemua mangsa selamat dan telah menerima rawatan awal di tempat kejadian sebelum dihantar ke hospital berhampiran.

“Sehingga jam 7.30 malam, operasi menyelamat sedang giat dilaksanakan bagi mengeluarkan baki dua mangsa kerana laluan hutan yang menyukarkan pergerakan,” katanya.

“Sebuah helikopter yang membawa lima orang petugas kesihatan melakukan pendaratan cemas di kawasan hutan Negeri Perak berhampiran Hutan Brinchang, Cameron Highlands, Pahang.

Dalam insiden 1.15 petang tadi, enam individu termasuk juruterbang dan kesemua penumpang helikopter dilaporkan terhempas ketika melakukan pendaratan cemas kerana cuaca buruk.

Ketika kejadian, helikopter itu membawa pulang lima orang petugas kesihatan dalam ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Hihglands.- MalaysiaGazette

Semua penumpang helikopter selamat

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast