KUALA LUMPUR – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melangkah proaktif selari dengan kepakarannya kini dalam usaha untuk membangunkan Pusat Penyelidikan Pembuatan Bateri Berkala Kecil.

Agenda ini bakal menjadikan UTeM sebagai universiti pertama dalam kalangan universiti-universiti dalam negara yang memiliki Pusat Penyelidikan pembuatan bateri berteknologi tinggi semasa dunia.

Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, projek membangunkan Pusat Penyelidikan bagi pembuatan bateri berskala kecil ini merupakan antara agenda utama dalam rangka kerjasama dengan The Scientific and Technological Research Council of Türkìye (Tübitak).

Katanya, UTeM dan Tubitak berhasrat merealisasikan kerjasama ini secara perkongsian kepakaran dalam penyelidikan berimpak dunia yang kini mendapat
permintaan semasa dunia.

Ujarnya, Projek ini adalah tertumpu kepada penyelidikan gunaan dan pembuatan skala kecil bateri dan robotik untuk pemeriksaan saluran paip gas, kebocoran air serta hakisan paip. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast