Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bersama Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar bersama calon-calon DAP yang bertanding Parlimen dan DUN sempena Pilihan Raya Umum ke-15 pada Majlis Pengumuman Calon PH-DAP Perak di Hotel Kinta Riverfront, Perak. Foto AFFAN FAUZI, 29 OKTOBER 2022.

IPOH – Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar mengakui kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak mampu mengotakan semua janji manifestonya ketika itu.

Ini kerana dakwanya yang juga penyandang kerusi Parlimen Batu Gajah, PH tidak mampu melakukan kerana tempoh mereka berkuasa hanyalah 22 bulan sebelum ditumbangkan melalui Langkah Sheraton kerana ada kalangan mereka berpaling tadah.

“Saya akui ada janji kami kepada anda itu kita tidak berjaya kotakan. Ini kerana masa terlampau singkat, hanya 22 bulan sahaja. Bayangkan seandainya bayi yang baru lahir, tempoh itu tidak cukup untuknya berjalan sebaliknya merangkak.

“Saya mohon maaf tetapi jangan asyik tanya mengapa kita tidak lakukan janji kita dalam tempoh 22 bulan itu. Kita tidak ada peluang. Saya hendak tanya balik, kerajaan selepas itu ada 30 bulan, apakah setiap masalah dan isu anda dapat diselesaikan?

“Saya mohon kepada anda untuk berikan peluang kepada kita, kita akan lawan habis-habisan kali ini dan menangkan mandat rakyat sekaligus memastikan kebajikan anda semua terbela dan terjaga,” katanya dalam majlis pengumuman calon PH-DAP Perak malam ini di Hotel Kinta Riverfront di sini  malam ini.

Majlis yang sama turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

MalaysiaGazette difahamkan adanya sedikit kejutan dalam pengumuman berhubung kerusi ditandingi DAP selain memperkenalkan beberapa muka baharu pada kali ini.

DAP dijangka akan bertanding 27 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara keseluruhan dan ia merupakan  kerusi terbanyak ditandingi parti itu sejak 20 tahun lepas. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. ORANG2 TUA pernah berkata antara 2 MAKHLUK….ULAR dan KELING bila terjumpa…PUKUL KELING dulu…LEBIH SELAMAT

Comments are closed.