KUALA LUMPUR – Berita gembira buat warga emas.
Giant Malaysia meraikan ulang tahun pertama kempennya, ‘Harga Lagi Rendah Lagi Lama Giant’ dengan memberi keistimewaan berupa tambahan diskaun sebanyak tiga peratus lagi kepada golongan termasuk yang berstatus penduduk tetap setiap hari Rabu.
Promosi diskaun untuk pembelian keseluruhan barangan itu telah bermula pada Rabu lalu sehingga akhir bulan ini.
Pengarah Pemasaran SEA (makanan) GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Lee Yik Hun berkata, dengan tambahan diskaun untuk warga emas ini, sudah pasti pelanggan Giant akan mendapat lebih banyak penjimatan apabila berbelanja di pasar raya besar kami dan juga di kedai TMC seluruh negara.
“Warga emas akan menikmati diskaun tambahan sebanyak tiga peratus ini tanpa sebarang perbelanjaan minima dan diskaun ini juga terpakai untuk produk dalam promosi.
“Mereka akan dapat menikmati manfaat diskaun ini dengan hanya mengemukakan MyKad sebagai pengesahan semasa pembayaran,” katanya dalam kenyataan semalam.
Yik Hun, menerangkan, antara produk kegemaran warga emas termasuklah produk di bawah jenama Meadows seperti biskut dan kopi.
Tambah beliau, terdapat lebih daripada 100 barangan baharu dimasukkan dalam senarai barangan jualan untuk pelanggan.
Antara produk tersebut adalah pek Jumbo Molfix Extra Dry Pants pada harga RM27.50, beras wangi Thailand cap Udang AAA 10 kilogram (kg) pada harga RM37.95, isian semula cecair pencuci pakaian Breeze 3.2 kg pada harga RM18.50 dan isian semula gel mandian Dettol 850 mililiter (ml) pada harga RM11.90. – MalaysiaGazette