KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat kepada 4,852,104 dengan pertambahan 2,762 kes lagi semalam.
Kes kematian juga bertambah empat lagi menjadikan kes terkumpul 36,462, menurut KKMNOW.
Manakala kes aktif yang dilaporkan sebanyak 28,720 dengan 27,503 sedang menjalani kuarantin di rumah.
Sebanyak 1,170 kes lagi dirawat di hospital termasuk 47 di unit rawatan rapi.
Daripada jumlah itu, 30 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh pula 1,271. – MalaysiaGazette