Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak

KUCHING – Seorang rentung apabila kereta dipandunya terbakar di Jalan Nyabor, Kabong kira-kira 100 kilometer (KM) dari bandar raya Sibu, lewat malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 11 malam.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah kereta jenis Kia telah terbakar 100 peratus dan bomba dapat mengawal kebakaran pada 11.40 malam.

“Terdapat seorang mangsa telah rentung di dalam kereta tersebut dan identiti mangsa masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Jelasnya, operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 11.50 malam dan pihak bomba telah menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast