ASB TH
Bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengumumkan dividen dan bonus ASB di Pejabat PNB, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2018.

KUALA LUMPUR – Pentadbir laman Facebook Najib Razak membangkitkan persoalan tentang bagaimana dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan hibah Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan kadar paling rendah semasa dua tahun di bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, ketika kerajaan BN masih memerintah pada 2017, dividen dan bonus ASB adalah sebanyak 8.25 peratus manakala hibah TH pula adalah 6.25 peratus.

Namun, katanya, setelah PH mentadbir pada 2018, dividen dan bonus ASB jatuh ke 7 peratus manakala hibah TH pada kadar paling rendah iaitu 1.25 peratus.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof (kanan) diiringi bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh (dua kanan) pada majlis Taklimat Prestasi TH dan Pengumuman Hibah Bagi Tahun 2018 di Kompleks Islam, Putrajaya pada 5 April 2019.

Pada 2019, dividen dan bonus ASB jatuh lagi ke 5.5 peratus dan hibah TH masih rendah iaitu pada kadar 3.05 peratus.

“Memandangkan rekod prestasi dividen ASB dan hibah TH yang tinggi secara konsisten sejak berpuluh tahun dahulu bawah kerajaan BN, ia bukan mudah untuk catat paling rendah bagi dua tahun berturut dalam tempoh Gagalkrasi PH.

“Tapi slogan baharu PH kata ‘Kita boleh’. Ya, PH boleh berkali-kali catat paling rendah dalam sejarah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini. – MalaysiaGazette