KUALA LUMPUR – Orang bukan Melayu jangan takut dengan Gerakan Tanah Air (GTA) walaupun ia adalah gerakan orang Melayu.
Ia kerana, GTA tidak rasis dan bermusuh dengan bukan Melayu.
Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad, Melayu GTA akan memberi tempat kepada kaum lain jika gerakan ini diberi mandat memerintah.
”Melayu GTA akan junjung tinggi keluhuran undang-undang dan pemisahan kuasa antara legislative, executive dan judiciary (Perundangan, eksekutif dan kehakiman,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Sambil memberi analogi, Mahathir berkata, ingatlah sejak merdeka, Malaysia diperintah oleh kerajaan yang didominasi oleh orang Melayu.
Tetapi di masa merdeka orang bukan Melayu maju sehingga tertinggal orang Melayu di belakang.
”Walaupun usaha dibuat untuk kurangkan jarak antara Melayu dengan kaum lain, hak dan kemajuan perniagaan dan perusahaan orang bukan Melayu tidak terhalang,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Pemisahan kehakiman dan undang2? ko cakap apa ni atuk oiii…. Hakim2 suma berbunyi dah atuk oii..jangan temberang sangat lah…