KUALA LUMPUR – Sebanyak 13 kedai termasuk sebuah kedai menjual emas musnah dalam kebakaran di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang dekat sini, awal pagi ini.
Bengkel dan kedai serbaneka turut terbakar dalam kejadian itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, kebakaran yang berlaku pada jam 4.15 pagi itu melibatkan kedai berstruktur kayu dan batu.
Katanya, ketika bomba tiba, kebakaran di kedai emas sudah 70 peratus dan merebak ke kedai-kedai berhampiran.
Norazam berkata, kebakaran hanya dapat dikawal pada jam 5.30 pagi tadi.
“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette