KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mengumumkan senarai nama hampir semua calon-calon bertanding dalam kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) malam ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kekal mempertahankan Bagan Datuk mengumumkan senarai nama yang menggabungkan muka lama dan baharu.
Sorakan penyokong dan ahli-ahli parti komponen BN menguasai suasana World Trade Centre Kuala Lumpur setiap kali nama calon diumumkan.
Sorakan paling kuat apabila nama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diumum bertanding di Sungai Buloh dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan di Rembau.
Begitu kejutan apabila nama pendakwah terkenal, Datuk Kazim Elias sebagai calon di Larut. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein masing-masing kekal mempertahankan kerusi Bera dan Sembrong.
Bagaimanapun nama calon bagi Tanjung Karang, Jempol, Kuala Pilah dan Bandar Tun Razak tidak diumumkan kerana ia masih dalam penelitian.
Bagaimanapun desas desus mengatakan ada pemimpin Pas menjadi calon BN ternyata tidak benar. Ahmad Zahid mahu calon-calon BN membawa aspirasi rakyat dan mengembalikan kegemilangan negara.
“Di hadapan saya ini adalah calon-calon, yang akan menggalas amanah besar, bagi kita membawa aspirasi rakyat dan mengembalikan kegemilangan negara. Ini adalah amanah maha berat, yang bukan hanya akan dihakimi oleh rakyat, tetapi akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
“Saya amat sedar, sementara kepentingan politik dalaman BN menjadi perkiraan dalam soal penentuan calon namun tuntutan memulihkan kesuraman negara dan mengangkatkan kembali agenda mensejahteraan rakyat adalah lebih tinggi daripada kepentingan politik individu dan kepartian,” katanya semasa berucap pada majlis yang sama.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, BN turut menampilkan wajah-wajah segar dan berpengalaman, untuk menggalas amanah sebagai calon BN peringkat Parlimen.
BN juga akan menampilkan lebih 85 peratus calon-calon yang mempunyai kelayakan akademik, di peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu dan kepakaran.
Calon-calon Parlimen Barisan Nasional PRU15:
Kangar – Fathul Bari
Arau- Rozabil Abd Rahman
Langkawi- Armishah Siraj
Jerlun- Osman Aziz
Kubang Pasu – Hasmuni Hassan
Padang Terap – Mahdzir Khalid
Pokok Sena – Noran Zamini Jamaluddin
Alor Setar – Tan Chee Heong
Kuala Kedah- Mashitah Ibrahim
Pendang – Suraya Yaacob
Jerai- Jamil Khir Baharom
Sik – Maizatulakmam Othman
Merbok- Shaiful Hazizy
Sungai Petani – Shahnim Mohd Yusoff
Baling – Abdul Azeez
Padang Serai – Sivaraj Chandran
Kulim – Muhar Hussain
Pengkalan Chepa – Mohd Hafiezulniezam
Kota Bharu – Rosmadi Ismail
Pasir Mas – Abdul Ghani Harun
Rantau Panjang – Zulkarnain Yusoff
Kubang Kerian – Nurul Amal Mohd Fauzi
Bachok – Mohd Zain Yasim
Ketereh – Marzuani Ardila Ariffin
Tanah Merah – Bakri @ Mohd Bakri
Pasir Puteh – Zawawi Othman
Machang – Ahmad Jazlan Yaakub
Jeli – Norwahida Patuan
Kuala Kerai – Mohd Zulkepli
Gua Musang – Tengku Razaleigh
Besut – Nawi Mohamad
Setiu – Abdul Rahman Yassin
Kuala Terengganu – Mohd Zubir
Marang – Jasmira Othman
Hulu Terengganu – Rozi Mamat
Dungun – Norhisham Johari
Kemaman – Ahmad Said
Pulau Pinang – Reezal Merican
Tasik Gelugor – Muhammad Yusof
Bagan – Tan Chuan Hong
Permatang Pauh – Mohd Zaidi Mohd Zaid
Bukit Mertajam – Tan Yang Pang
Batu Kawan – Tan Lee Huat
Nibong Tebal – Thanenthiran Ramankutty
Bukit Bendera – Razalif Mohd Zain
Tanjung – Tan Kim Nee
Jelutong – T Loganathan
Bukit Gelugor – Wong Chin Chong
Bayan Baru – Saw Yee Fung
Balik Pulau – Shah Headan
Gerik – Asyraf Wajdi Dusuki
Lenggong – Shamsul Anuar
Larut – Mohd Kazim Elias
Parit Buntar – Imran Mohd Yusof
Bagan Serai – Zul Helmi
Bukit Gantang – Mohd Sollehin
Taiping – Neow Choo Seong
Padang Rengas – Mohd Arrif Abdul Majid
Sungai Siput – S Vigneswaran M Sanasee
Tambun – Aminuddin Md Hanafiah
Ipoh Timur – Ng Kai Cheong
Ipoh Barat – Low Guo Nan
Batu Gajah – Teo Chin Cheong.- MalaysiaGazette
kalau nak calon wajah segar, kluater mahkamah elok berehat.Poster boy Ismail Sabri sudah boleh buang dan naik kan poster Anwar Ibrahim jadi PM.
BN mesti jelaskan sebab apa mrk digugurkan. Kalau setakat dah berumur, Tengku Razaleigh lagi lama..kalau berbeza pandangan dgn kepimpinan, Tengku Razaleigh & KJ pun berbeza..jd apa sebenarnya sebab utama mrk digugurkan..perlu penjelasan supaya tak dikelirukan oleh pembangkang