Vladimir Putin. Foto Twitter

MOSCOW – Presiden Vladimir Putin menangguhkan penyertaannya dalam perjanjian yang membenarkan laluan selamat ke kapal yang membawa eksport bijirin Ukraine.

Moscow menarik diri daripada perjanjian yang diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari Sabtu, dengan mendakwa Ukraine telah menggunakan koridor keselamatan di Laut Hitam untuk menyerang kapalnya.

Bagaimanapun, PBB mendakwa tidak ada kapal di dalam koridor malam itu.

Ukraine pula tidak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata, perjanjian itu akan dihormati dan menuduh Rusia “memeras ugut dunia dengan kelaparan” tetapi dakwaan itu dinafikan Rusia.

Meskipun Rusia membuat keputusan itu, 12 kapal telah meninggalkan pelabuhan Laut Hitam, di Ukraine, kata Menteri Infrastruktur Ukraine Oleksandr Kubrakov.

Selepas Rusia menyerang Ukraine pada Februari, tentera lautnya mengenakan sekatan ke atas pelabuhan Laut Hitam, memerangkap kira-kira 20 juta tan bijirin untuk dieksport ke dalam negara, bersama-sama dengan bahan makanan lain seperti jagung dan minyak bunga matahari.

Tetapi pada bulan Julai, perjanjian antara Ukraine dan Rusia diuruskan oleh Turki dan PBB, bersetuju untuk menyambung semula eksport bijirin melalui pelabuhan Laut Hitam.

Pada hari Isnin, bagaimanapun, Presiden Putin berkata, perjanjian itu digantung, susulan serangan dron “besar-besaran” ke atas kapalnya di Crimea dan menuduh Kyiv bertanggungjawab.

Beliau berkata, keselamatan maritim mesti dipastikan dan melaksanakan eksport bijirin dalam keadaan sedemikian adalah terlalu berisiko.

“Ukraine mesti menjamin bahawa tidak akan ada ancaman kepada kapal awam,” kata Putin dalam ucapan di televisyen.

Kyiv tidak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, berkata Moscow telah lama merancang untuk meninggalkan perjanjian yang diuruskan di peringkat antarabangsa dan menggunakan serangan itu sebagai alasan untuk berbuat demikian. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast