Recep Tayyip Erdogan. foto TRT World

ANKARA – Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu mengumumkan penyambungan semula Perjanjian Bijirin Laut Hitam,

“Selepas perbualan telefon bersama (Presiden Rusia Vladimir) Putin semalam, Menteri Pertahanan Rusia (Sergei) Shoigu menghubungi Menteri Pertahanan kami Hulusi Akar dan menyatakan bahawa penghantaran bijirin akan diteruskan seperti yang dirancang setakat tengah hari ini,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Erdogan pada mesyuarat kumpulan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di parlimen.

Pemimpin Turkiye itu berkata, beliau akan membuat panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada lewat Rabu..

Ditanya sejauh mana Rusia yakin untuk menyambung semula perjanjian itu, Erdogan memberitahu pemberita selepas pertemuan itu: “Serahkan kepada saya, saya akan menjelaskan kepada (Presiden AS Joe) Biden dahulu.”

Pada 22 Julai, Türkiye, PBB, Rusia, dan Ukraine menandatangani perjanjian di Istanbul untuk menyambung semula eksport bijirin Laut Hitam, yang dihentikan sementara selepas perang Rusia-Ukraine bermula pada Februari.

Pada Sabtu, Rusia mengumumkan bahawa ia akan menggantung penyertaannya dalam perjanjian eksport bijirin Laut Hitam yang diurus PBB susulan serangan Ukraine ke atas kapal Armada Laut Hitamnya.

Bagi pihaknya, Türkiye telah mengambil inisiatif yang diperlukan dengan semua pihak untuk menyelesaikan masalah berkaitan pelaksanaan perjanjian itu, yang telah menghantar lebih 10 juta tan bijirin sejak awal Ogos, sekali gus membantu membendung krisis makanan global, lapornya.

PBB, AS, Türkiye, dan negara lain serta pelakon antarabangsa menekankan keinginan mereka untuk melihat perjanjian itu diteruskan. – BERNAMA