BANGI – Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak mahu menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Abdul Hamid memberitahu beliau belum bersedia.

“Hamid Bador tidak jadi calon GTA,” katanya dalam sidang media pengumuman calon gabungan itu, hari ini.

Mahathir sebelum ini mengumumkan senarai 121 calon bagi GTA untuk kerusi Parlimen sempena PRU15, 19 November depan.

Kelibat Abdul Hamid tidak kelihatan ketika pengumuman senarai calon GTA yang diumumkan oleh Mahathir di Pusat Konvensyen Bangi, petang tadi.

Ia sekali gus menepis dakwaan bahawa Abdul Hamid akan dicalonkan di Parlimen Rembau.

Nama Abdul Hamid sebelum ini dicanang akan bertanding di Rembau untuk menentang Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini berkata, Abdul Hamid akan menjadi “giant killer” jika bertanding dalam pilihan raya, tidak lama lagi.

Malah Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Mohamad Jani Ismail, dilaporkan mengesahkan nama Abdul Hamid termasuk dalam senarai yang dicadangkan sebagai calon gabungan itu untuk bertanding di Parlimen Rembau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast