Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr. Ibrahim Ali dan Pengerusi Berjasa, Zamani Ibrahim hadir pada Majlis Pengumuman Calon Parlimen Gerakan Tanah Air (GTA) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Pusat Konvensyen Bangi, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2022.

BANGI – Tiga orang pelakon diketengahkan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), 19 November depan.

Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham yang mewakili Gagasan Bangsa dicalonkan di Parlimen Port Dickson sementara pelakon, Datuk Eizlan Yusoff dari gagasan yang sama akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam.

Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando dicalonkan di Parlimen Tanjung Karang.

Pengumuman itu dibuat di hadapan Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir Tun Dr Hasmah Mohd Ali; Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali; Presiden parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Zamani Ibrahim dan Presiden Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya diletakkan di Parlimen Sungai Petani menentang penyandangnya, Datuk Johari Abdul daripada Pakatan Harapan (PH).

Turut bertanding adalah Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali di Parlimen Rantau Panjang, sementara Zamani di Parlimen Tampin dan Mohammed Mosin di Parlimen Merbok.

Lagi menyusul…