Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Biar pun namanya tidak dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun Tan Sri Annuar Musa berlapang dada merestui pencalonan Ketua Puteri UMNO Ketereh, Marzuani Ardilla Ariffin di kerusi Parlimen Ketereh.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Annuar yang menjadi Ahli Parlimen Ketereh sejak 2008 juga berpesan kepada semua petugas pilihan raya di kerusi tersebut supaya tidak menggelabah dan jangan tutup bilik gerakan.

“Pagi ini,anaknda saya MARZUANI ARDILLA ARIFFIN,ketua pu3 Ketereh tanya saya lagi..apa harus dia buat,kerana hari ini hari mengisi borang pencalunan.

“Jawapan saya konsisten..teruskanlah spt biasa. Beliau nak jumpa saya pagi ini,saya katakan “sempurnakan semua urusan dulu..” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, Marzuani turut menghubungi beliau ketika dipanggil ke majlis pengumuman calon di WTCKL kelmarin.

“Beliau minta keputusan saya. Jawapan saya sama juga..Pergilah dan terimalah. Alhamdullah Ketereh tenang,” katanya.

Beliau berkata, para petugas pilihan raya juga tidak patah semangat dan mengikuti perkembangan dengan sabar serta tabah. Setiap perbuatan mesti didahulukan dengan berfikir panjang.

“Kita ikuti perkembangan dgn tenang. Jangan lebarkan perpecahan terutama kalangan rakan seperjuangan dan umat Islam.

“Ada kala kita disalahertikan, ada kala kita difitnah dengan fitnah yg memilukan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast