Seorang penyokong Imran Khan (belakang) cuba menghalang seorang lelaki memegang senjata daripada melepaskan tembakan. Foto Twitter

ISLAMABAD – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan terkena tembakan di kaki ketika berucap pada perhimpunan Wazirabad di Punjab.

Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika Khan, 70, sedang memberi ucapan.

Khan dikejarkan dari tempat kejadian ke hospital sejurus kejadian itu dan dilaporkan stabil.

Bekas pemain kriket itu telah mendesak pilihan raya baharu selepas digulingkan daripada kuasa pada April lalu, telah mengadakan perhimpunan di depan penyokong-penyokongnya di seluruh Pakistan.

Semasa kejadian, beliau melakukan perjalanan dengan konvoi besar trak dan kereta menuju ke ibu negara dari Lahore.

Perdana Menteri Shehbaz Sharif mengecam tembakan itu dan telah mengarahkan siasatan segera dijalankan. – Agensi