Jenama Kahf bakal mendapat tempat dalam kalangan kaum lelaki berusia lebih 18 tahun itu melalui 10 unit simpanan stok yang terdiri daripada tiga kategori produk.

KUALA LUMPUR  – PT Paragon Technology and Innovation (Paragon) memperkenalkan rangkaian produk khusus untuk lelaki sebagai usaha syarikat mengukuhkan penguasaan pasarannya di negara ini.

Ia susulan kejayaan produk kosmetik dan penjagaan kecantikan jenama Wardah yang  berada di pasaran Malaysia sejak lima tahun lalu.

Kini tampil dengan jenama Kahf, pengurus jenamanya, Billy Dharmawan berkata, produk keluaran dari negara jiran, Indonesia itu optimis mendapat tempat dalam kalangan kaum lelaki berusia lebih 18 tahun itu melalui 10 unit simpanan stok (SKU).

“Tiga kategori produk iaitu penjagaan kulit yang terdiri daripada pencuci muka dan pelembap pelindung matahari.

“Segmen lain yang diperkenalkan juga adalah minyak wangi dengan menawarkan empat varian wangian yang diinspirasikan daripada alam semula jadi dan juga produk penjagaan janggut dan rambut.

“Produk Kafh telah dilancarkan di pasaran Indonesia pada tahun 2020 yang mengkhususkan kepada segmen untuk kaum lelaki, melihat kepada kejayaan jenama Wardah di pasaran Malaysia, kami berkeyakinan ia juga bakal mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan di sini.

“Ia turut melibatkan faktor yang berkonsepkan halal, berkualiti tinggi dan berinspirasikan alam semula jadi serta harga jualannya yang mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian kpada majlis pelancaran rangkaian produk terbaharu Kahf di sebuah pusat beli-belah utama di sini baru-baru ini.

Produk terbaharu Kahf yang dijual di bawah RM50 seunit itu telah mula berada di pasaran Malaysia pada awal bulan Oktober ini dan kini secara rasmi dijual di beberapa rangkaian farmasi utama dan terbesar serta juga di platform online.

Billy menambah, produk itu juga mengandungi formulasi ringan dan unik dengan teknologi HydroBalance yang mampu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit supaya kulit lebih sihat serta bersesuaian dengan gaya hidup aktif, berimej moden dengan memberi manfaat daripada aspek fizikal, emosi dan rohani.

“Ini adalah masa yang bersesuaian untuk memperkenalkan rangkaian produk Kafh di Malaysia selepas pandemik yang mana masyarakat lebih peka terhadap penjagaan kesihatan masing-masing.

“Selain itu, permintaan terhadap produk penjagaan kulit dan diri buat kaum lelaki di negara ini semakin meningkat tetapi ramai yang masih belum menemui jenama yang bersesuaian dengan gaya hidup mereka,” katanya. – MalaysiaGazette