Dr. Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) antara komponen Gerakan Tanah Air (GTA) tidak gentar bertembung empat penjuru dengan pihak lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebaliknya, menurut Presiden Putra, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali, parti itu mempunyai strategi tersendiri untuk menarik sokongan pengundi.

Beliau yang disenaraikan bertanding di kerusi Parlimen Rantau Panjang pada 19 November ini menyatakan, memilih Rantau Panjang kerana kedudukannya yang strategik dan menjadi pintu masuk sempadan Thailand.

Katanya, Rantau Panjang mesti dimajukan secara agresif yang turut memberi tempias ekonomi kepada kawasan berhampiran seperti Pasir Mas.

“Rantau Panjang juga dalam satu daerah bersama Parlimen Pasir Mas yang dahulu dikenali Parlimen Pasir Mas Hilir.

“Kita melihat Rantau Panjang ini potensinya cukup hebat jika dibangunkan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau sudah sedia dengan rancangan untuk membangunkan kawasan itu menerusi Road Plan Rantau Panjang, yang lebih daripada manifesto.

Nasrul Ali Hasan calon paling muda Putra bertanding di Parlimen Pasir Mas.

Katanya, beliau akan edarnya selepas penamaan calon 5 November ini.

Dr. Ibrahim turut menyatakan, banyak permasalahan dihadapi penduduk Rantau Panjang seperti masalah tanah dan tebatan banjir.

“Saya dapati projek tebatan banjir yang dibina oleh kerajaan negeri lagi menyusahkan penduduk. Ini berlaku apabila kawasan yang selama ini bebas dari banjir, tiba-tiba ditenggelami air pada musim banjir awal tahun ini.

Dr. Asmah Razalli, antara doktor perubatan yang setia kepada parti Putra, dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai.

“Semua masalah ini tidak dipedulikan wakil rakyat Rantau Panjang. Jadi, saya mahu membela penduduk di kawasan ini jika diberi peluang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini,” katanya kepada MalaysiaGazette semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut Ibrahim, Putra secara rasmi akan bertanding di sembilan daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan dengan semua calon Gerakan Tanah Air (GTA)  akan menggunakan logo Putra, manakala di negeri lain akan menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Calon Putra yang akan bertanding selain beliau di Rantau Panjang ialah Che Mohd Asemari Che Ali (Tumpat), Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar (Kota Bharu), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif (Pasir Mas), Kamarul Azam Othman (Bachok), Haneef Ibrahim (Ketereh), Mohd Nasir Abdullah (Tanah Merah), Mejar (B) Muhammad Seman (Machang) dan Prof. Ir. Dr. Mohamed Daud (Jeli).

Keseluruhan calon Putra yang bertanding PRU ini termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) 48 calon iaitu sembilan di Kelantan dan 24 calon di seluruh negara, manakala 15 kerusi DUN di dua negeri iaitu Pahang dan Perak.

Tan Sri Khalid Yunus bertanding di Jempol, Negeri Sembilan.

Selain itu, kata beliau, 15 calon Putra yang bertanding di kerusi DUN ialah 11 calon di DUN Perak dan empat calon lagi di DUN Pahang.

Calon Putra yang bertanding di seluruh negara termasuk Sabah ialah Lt. Kol. (B) Basir Ab. Rahman di Baling, Hamzah Abdul Rahman (Padang Serai), Azaha Wahid (Kuala Nerus), Mohamad Abu Bakar Muda (Kuala Terengganu), Dr. Zarawi Sulong (Marang), Mohd Khadri Abdullah (Hulu Terengganu).

Pengerusi Putra Pulau Pinang, Mohd Nasir Othman bertanding di Parlimen Permatang Pauh, Zairol Hizam Zakaria (Pasir Salak), Datuk Asmawar Samat @ Samad (Sungai Besar), Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd. Tahir (Gombak), Norzaila Ariffin (Wangsa Maju) dan Dr. Noor Asmah Mohd Razalli (Lembah Pantai).

Timbalan Presiden Putra, Tan Sri Mohd Khalid Mohd Yunus bertanding di Jempol, Negeri Sembilan, Ahmad Fakhri Abu Samah (Jelebu), Kamarulzaman Kamdias (Kuala Pilah), Lt. Kol. (B) Ghazali Abu (Tangga Batu), Syed Hairoul Faizey Syed Ali (Segamat), Mohd Saiful Faizal Abd. Halim (Sekijang), Kamal Kusmin (Simpang Renggam) dan M. Azhar Palal (Tenggara).

Empat calon Putra di Sabah ialah Datuk Seri Ramle Mat Daly di Wilayah Persekutuan Labuan, Jaffrus @ Maimin Rijan (Keningau), Boni Yusuf Abdullah (Batu Sapi) dan Kanul Gindol (Kota Belud).

Calon Putra yang bertanding di kerusi DUN Perak ialah Zainal Abidin Abd. Rahman di DUN Kuala Sepetang, Ahmad Zamri Baharum (Manjoi), Noorhayati Mohamed Ramli (Hulu Kinta), Mohd Shahril Harahab Abdul Halil (Bota), Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar (Sungai Rapat), Rozali Samsuddin (Sungai Manik), Mohd Safian Sauri Pandak Abdul Samad (Kampong Gajah), Mohd Norazlee Mohd Alias (Pasir Panjang), Mohd Azlan Suhaimi (Pangkor), Muhammad Amirul Mahfuz Abdullah (Changkat Jong) dan Hazvee Hafiz (Behrang).

Pengerusi Putra Pulau Pinang, Mohd Nasir Othman di Permatang Pauh.

Manakala empat calon Putra di DUN Pahang ialah Mohd Tahir Kassim di DUN Tras, Abdul Wahab Kadir (Mentakab), Mohd Shokri Mahmood (Bilut) dan Isa Ahmad (Pelangai).

Semua calon ini yang merupakan komponen GTA akan berentap empat penjuru melibatkan calon dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). – MalaysiaGazette