Petugas melakukan kerja-kerja persiapan akhir sebelum hari penamaan calon Sabtu ini sempena Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Pusat Penamaan Calon P.063 Tambun di Dewan Sri Kledang, Institut Latihan Perindustrian, Ipoh. Foto MOHD ADZLAN, 04 NOVEMBER 2022.

IPOH – Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri (SPR) Perak telah menjual sebanyak 1,000 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

SPR Perak ketika dihubungi berkata, sejumlah 339 borang Parlimen telah dibeli oleh calon dan parti yang akan bertanding.

Bagi pencalonan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula sejumlah 661 borang telah dijual.

Menurutnya, penjualan borang bermula sejak 31 Oktober lalu sehingga 2.30 petang hari ini.

“Hari ini kita terpaksa membuka barisan tambahan kerana ramai yang datang membeli pada hari terakhir. Penjualan borang bagaikan pisang goreng panas,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Petugas melakukan kerja-kerja persiapan akhir sebelum hari penamaan calon Sabtu ini sempena Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Pusat Penamaan Calon P.063 Tambun di Dewan Sri Kledang, Institut Latihan Perindustrian, Ipoh. Foto MOHD ADZLAN, 04 NOVEMBER 2022.

Beliau bagaimanapun tidak memberi perincian parti dan individu yang membeli borang tersebut.

Perak mempunyai 24 kawasan Parlimen dengan 59 Dewan Undangan Negeri.

Parti-parti utama seperti Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional telahpun mengumumkan calon masing-masing.

Turut mengumumkan calon untuk bertanding di Perak adalah parti baharu seperti Pejuang serta Warisan yang bertapak di Sabah.

Petugas melakukan kerja-kerja persiapan akhir sebelum hari penamaan calon Sabtu ini sempena Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Pusat Penamaan Calon P.063 Tambun di Dewan Sri Kledang, Institut Latihan Perindustrian, Ipoh. Foto MOHD ADZLAN, 04 NOVEMBER 2022.

Sementara itu tinjauan MalaysiaGazette mendapati pusat-pusat pencalonan yang dibuka di negeri ini melakukan kerja-kerja akhir sebelum hari pencalonan esok.

SPR membuka 30 pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi di negeri ini. – MalaysiaGazette