Datuk Seri Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengingatkan Presiden Pas agar tidak menjaga tepi kain parti lain, sebaliknya diminta menjaga Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15).

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Titiwangsa itu membidas dakwaan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan tentang kewujudan satu gerakan dalam kalangan pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam memastikan parti berkenaan memenangi kerusi yang lebih kecil di dalam PRU15.

Ia adalah bagi memastikan laluan untuk Pakatan Harapan (PH) menang lebih banyak kerusi sekaligus memudahkan proses penggabungan PH-BN selepas pilihanraya akan datang.

“Mengecilkan kemenangan BN? Kenapa dia nak (cerita) pasal parti ini (BN), bukan dia orang PN kah? Jagalah parti dia orang,” katanya selepas menghadiri program Sembang Santai Anak Muda di Bilik Gerakan BN Kampung Baru Utara, di sini, hari ini.

Johari yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengingatkan calon parti lawan tidak menyibuk hal ehwal parti lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast