Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dikhuatiri lemas di Kilometer 17, Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka hari ini. FOTO: SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dikhuatiri lemas di Kilometer 17, Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini hari ini.

Ketika ini, beberapa pegawai dan anggota bomba dan Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang tadi.

Saksi kejadian berkata, ketika itu dia dan rakannya berusia tujuh tahun sedang bermain di pantai selepas pulang dari Solat Jumaat.

“Waktu itu saya dan rakan sedang bemain digigi air tapi tiba-tiba rakan bergerak ke tebing batu dan terjun.

“Selepas itu saya nampak mulutnya berbuih dan terus tenggelam menyebabkan saya panik dan terus berlari meminta tolong,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini.

Setakat jam 4.20 petang pasukan bomba masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Berita lanjut menyusul.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast