SUNGAI BULOH – Khairy Jamaluddin menasihatkan rakan-rakannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kali ini supaya terus setia bersama parti itu.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Sungai Buloh itu berkata, sudah menjadi lumrah ahli parti politik menghadapi turun dan naik termasuk risiko tidak dicalonkan semula.
“Kepada sahabat-sahabat saya yang tidak dapat menjadi calon, saya harap terus bersama dengan parti.
“Kita semua akan melalui naik turun dalam politik. Ada yang digugurkan, ada macam saya (dipindahkan) ke kawasan seperti Sungai Buloh. Tapi yang penting tetap dengan parti,” katanya selepas program Walkabaout di Kampung Paya Jaras Hilir, hari ini.
Hari ini penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Ismail abdul Mutalib, bekas Ahli Parlimen Maran disahkan bakal bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahankan kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Pengumuman itu telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Calon Pas Terengganu PRU15, di Dewan Tok Guru, Rusila.
Shahidan yang sudah 30 tahun menjadi ahli Parlimen Arau tidak dicalonkan semula oleh BN sebaliknya menggantikannya dengan Datuk Rozabil Abdul Rahman.– MalaysiaGszette