Mural 'i love Tambun' ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar pekan Tambun, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 03 NOVEMBER 2022.

IPOH – Lebih 2 juta rakyat Perak akan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga 9 Oktober lalu seramai 2,036,872 orang telah mendaftar sebagai pengundi di negeri itu.

Daripada jumlah itu 2,005,362 adalah pemilih biasa, tentera dan pasangan (19,076), polis dan pasangan (12,215) serta pemilih luar negara (219).

Perak mempunyai 24 kawasan Parlimen dan 59 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Parlimen Tambun mencatatkan jumlah pengundi paling ramai iaitu 160,558, diikuti Gopeng (143,657), Taiping (121,566), Ipoh Timur (118,178) dan Ipoh Barat (114,654).

Jumlah pengundi tentera dan pasang tertinggi adalah di Parlimen Lumut (8,399), Taiping (3,984), Tambun (2,138) Gerik (1,705), Gopeng (852) dan Tapah (656).

Bagi polis dan pasangan tertinggi di Parlimen Tambun (2,596), Ipoh Timur (1,957), Gerik (1,103), Tapah (988), Lumut (520), Taiping (429), Tanjong Malim (425) dan Teluk Intan (390).

Pengundi luar negara tertinggi di Parlimen Ipoh Timur (37), Gopeng (27), Tambun (22), Taiping (18), Ipoh Barat (14), Lumut dan Teluk Intan masing-masing 13 orang.

Hari pencalonan akan berlangsung esok manakala hari pengundi sementara pengundian awal pada 15 November dan  19 November ditetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum PRU15.-MalaysiaGazette