Perdana Menteri yang juga Calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan sesuatu dengan calon Perikatan Nasional, Datuk Zaman Azam (kanan) dan turut kelihatan calon Pakatan Harapan, Abas Awang (kiri) pada hari Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2022.

BERA – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terharu dengan semangat bekas calon Barisan Nasional (BN) yang tidak merajuk dan berkempen membantu penggantinya.

“Itulah semangat yang saya sebut semalam dan setiap kali pilihan raya mesti ada casualities dan ada yang digugurkan,” katanya dalam sidang media selepas proses penamaan calon Parlimen Bera hari ini.

Bagaimanapun Ismai Sabri tidak menyalahkan jika ada dalam mereka yang digugurkan itu tidak berpuas hati.

“Siapa gugur (memang) rasa kecewa (tapi) yang penting mereka akan kembali beri sokongan dan memastikan kemenangan kepada BN,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan calon supaya mereka menetapkan dalam hati yang bertanding bukan dirinya tetapi adalah parti.

“Siapa nak bertanding pastikan yang bertanding itu BN bukan individu kerana yang penting parti.

“Di Bera bukan Ismail bertanding tapi BN,” tegasnya. – MalaysiaGazette