Perdana Menteri yang juga Calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat beramah mesra dengan calon Perikatan Nasional pada hari Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2022.

BERA – Setakat hari ini saya masih poster boy BN (Barisan Nasional).

Itu penjelasan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri.

“Setakat ini tiada keputusan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO kata sebaliknya.

“Keputusan poster boy diputuskan MKT dan PAU (Perhimpunan Agung UMNO) dan baru-baru ini 160 daripada 191 bahagian usul cadang saya calon PM.

“Setakat ini tiada keputusan reversed. Tiada mesyuarat diputuskan di sebaliknya,” katanya.

Mengenai dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai kemungkinan ada kerjasama UMNO dengan PKR selepas PRU15, beliau menanggapnya sekadar spekulasi.- MalaysiaGazette