PUTRAJAYA – Parlimen Putrajaya buat pertama kali sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) pada 2004 akan ditandingi calon bebas.
Dua calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi, 46, dan peguam Lim Fice Bee, 44 dilihat berada di Kompleks Kejiranan Presint 9 pada pagi ini.
Calon pertama yang memasuki pusat penamaan adalah calon Barisan Nasional (BN), Tengku Adnan Tengku Mansor pada jam 9 pagi untuk menyerahkan borang pencalonannya diikuti calon Perikatan Nasional (PN) Dr Radzi Jidin tiga minit kemudian.
Menyusul selepas itu Samsudin dan Fice Bee pada jam 9.08 pagi diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz selang dua minit kemudian.
Terakhir memasuki kompleks kejiranan itu adalah calon Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Mohd Rosli Ramli pada jam 9.15 pagi. – MalaysiaGazette