PUTRAJAYA – Dua calon utama bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Dr Radzi Jidin tiba bagi proses penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Radzi tiba pada jam 8.05 pagi di khemah penyokongnya dengan lengkap memakai baju Melayu biru.
Tengku Adnan, calon Barisan Nasional (BN), Tengku Adnan tiba pada jam 8.25 pagi.
Tengku Adnan adalah penyandang kerusi Parlimen Putrajaya sejak 2004 itu tiba bersama lebih 1,000 penyokongnya.
Bagaimanapun, calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang mewakili Gerakan Tanah Air masih belum kelihatan.
Bagi PRU15, Parlimen Putrajaya bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Tengku Adnan, Radzi Jidin (PN), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PKR) dan Datuk Mohd Rosli Ramli (Pejuang).
Pada PRU14 lalu, Tengku Adnan berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya buat penggal keempat apabila menang dengan majoriti 3,372 undi mengalahkan calon Pas, Zainal Abidin Kidam dan PKR, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat. – MalaysiaGazette