SUNGAI BULOH – Parlimen Sungai Buloh (P107) bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.
Calon yang sah bertanding di kawasan tersebut adalah Khairy Jamaluddin mewakili Barisan Nasional (BN) dan Datuk R. Ramanan dari Pakatan Harapan (PH) serta Mohd Ghazali Md Hamin (PN).
Selain itu, Mohd Akmal Mohd Yusoff (GTA-Pejuang); dan Ahmad Jufliz Faiza (PRM)
Manakala dua calon bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff dan Nurhaslinda Basri.
Pencalonan mereka disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sungai Buloh, Mohd Jusni Hashim.
Untuk rekod, Parlimen Sungai Buloh mempunyai, lebih 158,090 pengundi.
Parlimen tersebut disandang oleh wakil rakyat daripada PH iaitu Sivarasa Rasiah selama tiga penggal.
Pada pilihan raya yang lalu, beliau menang 26,634 majoriti undi. -MalaysiaGazette