PORT DICKSON – Pengarah dan pelakon, Dr Ahmad Idham Mohd Nazri yang merupakan calon P132 Parlimen Port Dickson dari Gerakan Tanah Air (GTA) di bawah logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengakui beliau bukan sekadar jatuh cinta dengan kawasan.
Malah ujar beliau yang berusia 51 tahun, hatinya sudah terpahat di Port Dickson yang terkenal sebagai pusat peranginan pantai di kalangan pelancong di negara ini.
Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan itu memberitahu, beliau sememangnya serius untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Port Dickson.
“Saya hendak menjadi ahli keluarga Port Dickson kerana falsafah saya kita perlu jadi sebuah keluarga kerana baharu kita tahu masalah antara kita.
“Oleh sebab itu setiap langkah saya masuk ke pusat penamaan calon semalam, saya rasa teruja kerana ini pengalaman pertama saya bertanding dalam pilihan raya,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini semalam.
Pada PRU15, Parlimen Port Dickson menyaksikan pertembungan lima penjuru yang membabitkan Ahmad Idham, calon (BN), Datuk P Kamalanthan, Datuk Seri Aminuddin Harun (Pakatan Harapan), Rafiei Mustapha (Perikatan Nasional) dan Abdul Rani Kulup Abdullah (Bebas).
Ahmad Idham menambah, beliau juga sudah dua minggu tinggal di Port Dickson kerana mahu memberi komitmen dan mengenali pengundi.
“Oleh sebab itu saya sanggup mengenepikan semua kerjayanya dalam industri seni sejak beberapa bulan lalu.
“Sebelum ini saya bergerak di sini sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana saya menyantuni anak istimewa, tetapi sekarang saya bergerak sebagai bakal ahli Parlimen,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Idham juga idak mahu menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi Port Dickson.
Beliau sebaliknya akan terus mendapatkan data-data secara organik di peringkat bawahan agar dapat menyelami setiap permasalahan yang ada.
“Saya tidak mahu bercerita soal manifesto pada waktu sekarang. Itu selepas kita dapat mengenal pasti masalah berlaku.
“Jadinya pada minggu pertama berkempen, kita akan menyantuni masyarakat dan mengenal pasti masalah yang berlaku di Port Dickson