Penduduk, Kuldip Singh Hadep Singh, 49 di temu ramah sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ketika di sekitar Taiping, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2022.

TAIPING – Rata-rata Taiping berharap wakil rakyat yang mereka undi kali ini lebih kerap turun padang dan bukan hanya muncul dua minggu sebelum pilihan raya.

Menurut Kuldip Singh Hadep Singh, 49, beliau jarang nampak kelibat wakil rakyat yang mereka undi sebelum ini dan setiap permasalahan dihadapi terpaksa diselesaikan sendiri.

“Kita sudah undi anda kerana percaya, rajin-rajinlah turun padang tunjuk muka tengok apa masalah-masalah kami. Jaga semua, Melayu, Cina, India dan Punjabi. Kita semua bukan orang senang, kita ada banyak masalah. Jaga kami seperti yang kamu janji.

“Kadang-kadang lepas menang, terus lupa kami diam-diam buat tidak tahu. Minta bantuan pun diamkan diri. Kalau menang ini kali, jaga kami baik-baik,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette, di sini, hari ini.

Bagi Lai Siew Fapp, 58, wakil rakyat setempat perlu lebih bertanggungjawab dan menyelesaikan pelbagai isu dihadapi.

Penduduk, Lai Siew Fapp, 58 di temu ramah sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ketika di sekitar Taiping, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2022.

“Saya sebagai individu tidak ada masalah, saya masih lagi bekerja dan kuat untuk menyara keluarga saya. Tetapi masyarakat setempat ada banyak sangat isu, kadang-kadang hanya perkara kecil untuk wakil rakyat tetapi itu adalah perkara besar buat kita.

“Contohnya masalah sampah di tempat saya, sudah banyak aduan tetapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan, semua main passing dari satu pihak kepada yang lain. Isu tetap begitu, bila hendak undi semua pun boleh. Harap kali ini adalah perubahan sedikit,” ujarnya.

Penduduk, Low Poo Choo, 62 menunjukkan longkang yang tersumbat dan menyebabkan nyamuk aedes dan bau busuk ketika di sekitar Taiping, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2022.

Bagi Tan Yai Siam, 69, sehingga hari ini permasalahan dibangkitkan seperti longkang tersumbat di depan kedai makannya masih berpanjangan.

“Sumbat dengan sampah, kotor. Sini tempat makan, mengapa kebersihan tidak dapat jaga? Tapi pihak berkuasa asyik saman sahaja. Sekarang banyak penyakit. Wakil rakyat tolonglah dengar masalah kami,” katanya.

Penduduk, Tan Yai Siam, 69 di temu ramah sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ketika di sekitar Taiping, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2022.

Seorang lagi pemilik gerai makan, Low Poo Choo merayu supaya wakil rakyat lebih efisien dalam menyalurkan bantuan serta peruntukan lain bagi memastikan kebajikan golongan B40 terpelihara.

Penduduk, Low Poo Choo, 62 di temu ramah sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ketika di sekitar Taiping, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2022.

“Kita orang susah, berniaga pun tidak banyak untung, pelanggan pun sudah tidak macam dulu. Semua orang susah dan tiada duit. Bantu kami keluar dari masalah ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast