Calon BN Parlimen Sepang, Anuar Basiran (dua dari kiri) bersama jentera BN semasa berkempan di Bagan Lalang hari ini

SEPANG – Pertemuan lapan penjuru di Parlimen Sepang pada Piihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijangka memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Sebagai calon under dog, Anuar Basiran berharap pengundi akan beralih kepadanya.

Anuar Basiran

Lagi pun, gerak kerja jentera BN bermula selepas PRU14 lagi dan pengundi boleh menilainya.

“Biar pun BN tewas pada PRU14 yang lalu, kita di sini tidak pernah patah semangt dalam meneruskan khidmat kepada rakyat melalui penyelaras Parlimen di sini.

“Saya di sini sebagai calon under dog, melihat  persaingan tujuh lagi calon ini akan memberi pilihan kepada BN.

“Pengundi boleh menilai sendiri parti mana yang selama membawa kestabilan kepada negara,” katanya ketika berkempen di Pusat Peniaga Bagan Lalang di sini semalam.

Jelas Anuar, sepanjang penggal lalu, pentadbiran kerajaan yang bertukar kepimpinan, ramai dapat dilihat sendiri BN telah mengurus dan diyakini meneruskan kestabilan peringkat nasional.

Bagi meneruskan kesinambungan itu, beliau berharap pengundi di sini memberi kemenangan buat BN untuk membentuk kerajaan yang kuat sekaligus memperjuangkan isu rakyat di Parlimen kelak.

“Langkah BN yang meletak calon-calon muka baharu adalah kesegaran untuk meneruskan perjuangan rakyat.

“Dalam pada masa yang sama pengundi-pengundi kali pertama khususnya undi orang muda ingin melihat kesegaran dalam pemilihan kali ini,” katanya.

Anuar juga menasihati golongan muda agar tidak mengikut rentak emosi yang radikal dalam menuntut pembaharuan yang tidak memberi manfaat kepada mereka dan rakyat.

Sebaliknya, katanya, ini peluang untuk mereka membuat perbandingan penilai yang waras antara parti politik yang pernah mentadbir negara dan memberi kemakmuran.

“Golongan muda harus fikir masa depan mereka melalui kertas undi dengan bijak bukan terpengaruh dakyah yang terpesong,” kata Anuar.

Anuar akan mencabar calon Perikatan Nasional, Datuk Seri Rina Harun, Raj Muni Aiman Athirah  mewakili Pakatan Harapan dan Datuk Seri Nageswaran Ravi mewakili Parti Rakyat Malaysia.

Turut bersaing ialah calon dari Parti Pejuang yang mewakili blok politik baharu, Gerakan Tanah Air, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim selain tiga lagi calon bebas. – MalaysiaGazette