Pengeluaran iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max terjejas akibat Covid-19.

KUALA LUMPUR- Pembeli iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max diminta bersabar kerana penghantaran dua model telefon pintar itu dijangka mengambil masa yang lebih lama.

Apple Inc. dalam satu kenyataan memaklumkan,sekatan oleh kerajaan China bagi membendung penularan Covid-19 menyebabkan pengeluaran dua model itu terjejas buat sementara waktu.

“Sekatan tersebut menyebabkan gangguan kepada operasi kilang pemasangan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang terletak Zhengzhou, China.

“Ketika ini, kilang berkenaan sedang beroperasi pada kapasiti yang sangat rendah,” kata kenyataan yang dikeluarkan di Cupertino, California, hari ini.

Menurut Apple, mereka menyedari permintaan tinggi bagi dua model berkenaan namun perlu mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerja dalam setiap rantaian bekalan.- MalaysiaGazette