SUNGAI BULOH – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencabar pembangkang agar membuat tuduhan dengan jelas apabila cuba mengaitkan beliau dengan kluster mahkamah.
Beliau menegaskan, pembangkang tidak perlu berselindung apabila membuat tuduhan, apatah melibatkan cerita-cerita lama yang telah terbukti tiada pendakwaan dan bukti untuk mengheretnya ke mahkmah.
“Malam ini mereka ceramah, bila saya cuba tutup satu isu ini, satu undi untuk KJ, satu undi untuk Zahid Hamidi, dia mula serang saya, benda-benda baik saya lakukan, dia lupakan, mula serang saya, macam-macam.
“Dia ungkit balik isu-isu lama, dia kata ada skandal ini dan sebagainya, saya nak jawab malam ini, jangan cakap selindunglah, kalau nak buat tuduhan, buat tuduhan secara jelas, saya bawa mahkamah, saya saman sekarang.
“Jangan main kias-kiaslah, jangan hantar kamu punya cybertrooper buat tuduhan kias-kias, letak nama, letak IC (kad pengenalan), saya nak bawa mahkamah esok kalau buat tuduhan kepada saya,” katanya berucap pada Ceramah Kata Janji KJ di Paya Jaras Dalam, di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Khairy menegaskan isu kehilangan dana RM100 juta milik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) cuba dikitar semula pembangkang sedangkan pegawai KBS yang libat sudah dihadapkan ke mahkamah.
“Saya sudah bagi tahu, itu bermula sebelum saya jadi Menteri Belia dan Sukan, pegawai yang terlibat sudah pun dituduh, dibawa dan diheret ke mahkamah.
“Kalau BN kerajaan, tidak mahu siasat, tapi 22 bulan hang jadi kerajaan, kenapa tak siasat? Kenapa tak buat apa-apa? Perdana Menteri siapa?
“Budak paling dibenci oleh Tun Dr Mahathir Mohamad siapa? Saya. Sejak zaman Pak Lah budak yang paling dibenci oleh Dr Mahathir ialah saya.
“Dah dapat kuasa mutlak 22 bulan, pemimpin macam Datuk Zahid, Datuk Najib sudah dituduh di mahkamah, satu kertas siasatan tidak dibuka terhadap saya kerana tiada kes terhadap saya,” katanya.
Penyandang Parlimen Rembau itu sudah berkali-kali memberi penjelasan bahawa kes itu tidak melibatkan beliau dan sehingga ke hari ini, tiada satu pun kertas siasatan dibuka ke atasnya.
“Tolonglah jangan kitar semula cerita-cerita ini, dia sudah ada 22 bulan, tapi tindakan terhadap saya satu pun bukti tidak ada, satu pun kertas siasatan tidak berani dibuka sebab memang tidak ada bukti terhadap saya.
“Saya telah jalankan tugas saya dengan amanah, dengan baik sewaktu saya Menteri Belia dan Sukan, saya angkat martabat sukan negara.
“Ada yang cakap cuba siasat, tetapi apabila pegawai (polis) secara profesional pun kata memang tidak ada kes, maka tidak dapat dibuat apa-apa terhadap saya,” katanya.
Sebaliknya Khairy menyindir segelintir Menteri-Menteri UMNO yang melompat parti lain semata-mata mahu mengelakkan dirinya disiasat selepas terpalit dengan salah laku rasuah.
“Saya bukan pemimpin 22 bulan Pakatan Harapan (PH), pemimpin yang takut ada siasatan, kalau ada dia buat apa? Dia lompat, malangnya ada kawan-kawan saya, yang sebab takut ada siasatan, dia lompat.
“Bila lompat kepada PH, segalanya sudah maksum semula, bersih suci, suci habis, tidak ada apa-apa
“Dulu dituduh sebagai pemimpin korup, pemimpin rasuah, tetapi bila lompat masuk PH, bersih dan suci,” katanya.
Sebaliknya beliau tidak memilih tindakan meninggalkan UMNO malah berani terus bersama parti Melayu itu sejak tiga penggal beliau berjaya mempertahankan Parlimen Rembau walaupun ketika itu berlaku tsunami politik
“Saya tak pilih opsyen tersebut, saya tak tahu sama ada disiasat atau tidak, saya berani, saya tahu tidak ada bukti, tidak ada kes, saya menjalankan tugas dan amanah, tapi saya berani duduk dalam UMNO.
“Tidak terlintas dalam pemikiran saya sekalipun untuk melompat kerana saya nak lawan mereka, tak kisah lah, saya nak lawan mereka.
“Saya datang Sungai Buloh sebab saya pejuang, saya bukan pemimpin lari cari kawasan selamat, saya bukan pemimpin yang lompat lari ke parti lain.
“Saya tak kisah, saya berani sebab saya kita berani kerana kebenaran,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Nice..hujah padu… sekali tembak kena setepek ke muka Muhyidin dan Atok madey
PH & PN ni dia tak de modal, tak de pelan & visi utk rakyat. .janji mrk ni semua bohong ..track record buruk…jadi apa lagi mrk nak buat utk tipu rakyat? sebar fitnah & buat serangan peribadi…tu jer yg mrk tahu….membosankan!