Gambar hiasan

SHARM EL-SHEIKH- Sekurang-kurangnya 345 juta individu bakal menghadapi kebuluran akibat konflik serta kejutan iklim.

Sehubungan itu, Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, David Beasly berkata, tindakan penyelesaian dan dana diperlukan segera.

Ini bagi mengelakkan penghijrahan besar-besaran dan ketidakstabilan negara yang terdedah kepada perubahan iklim.

“Harapan saya daripada COP 27 ini adalah pemimpin di seluruh dunia bukan sahaja akan bercakap tetapi mengambil tindakan, kerana kita mempunyai berjuta-juta orang yang menghadapi masalah serius akibat kejutan iklim di seluruh dunia.

“Jika kita mempunyai tindakan segera, dana dan sumber yang diperlukan, kita boleh menghentikan penghijrahan daripada berlaku dan  ketidakstabilan negara,” katanya.

Tambah David, perang Russia di Ukraine memburukkan lagi krisis kemanusiaan kerana kedua-dua negara adalah pengeluar utama bijirin di dunia.

Ketiadaan bijiran berpotensi menyebabkan penduduk di seluruh dunia mati kelaparan. – AGENSI