KLUANG – Kejayaan Barisan Nasional (BN) di Simpang Renggam akan menjadi penanda aras kemenangan di semua 26 kerusi Parlimen yang ditandingi Barisan Nasional di Johor pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Untuk itu, Pengarah Pilihan Raya Johor Datuk Seri ir Hasni Mohamad menaruh harapan agar rakyat Johor memberi kemenangan besar kepada BN sekali lagi selepas menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Mac lalu.
Menurut beliau, jika mandat tersebut diberikan oleh pengundi-pengundi Johor, ia sekali gus akan melengkapkan kemenangan BN Johor di peringkat Parlimen.
“Kemenangan kita i peringkat Parlimen akan menjadi pelengkap kepada hasrat BN untuk menerajui negeri secara keseluruhannya dan ia perlu bermula di Parlimen Simpang Renggam.
“Ini kerana kawasan ini (Simpang Renggam) akan menjadi rujukan dan pemangkin semangat bagi BN untuk meneruskan agenda pembangunan di negeri ini,” kata Hasni dengan cukup bersemangat.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen (151) Simpang Renggam malam tadi.
Hasni yang menggepalai jentera BN Johor cukup yakin separuh kemenangan di negeri ini sudah milik komponen itu.
Keyakinan itu berdasarkan kerja kerja agresif dan sepenuh hati jentera-jentera BN di seluruh negeri Johor. – MalaysiaGazette